Tuesday, August 9, 2011

Petua rumahtangga bahagia dari Ustazah Nor Bahyah….Berselisih faham, siapa kena mintak maaf dulu

Menurut Ustazah Bahyah dalam buku beliau yang saya baca, apabila kita berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf dulu.
Cara paling baik ialah, tak kira siapa pun yang bersalah dalam hal tersebut, katakan saja pada pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.
Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras masa berbalah tadi.

love ::
nifaiez

0 ulasan: